Saturday, May 30, 2020

Balak dan pokok hutan

30 may 2020

Kerja2 bersih tanah terus dibuat. Balak lebih sepemeluk dh hampir reput. Buang kulit 3 tahun lps rasanya.

Bbrp pokok baru ada ditarah jgk. Akan ambik masa lebih setahun utk reput dan tumbang.

Pastu ada 2 pokok sawit dlm proses bakar. Sbb x tahu apa cara mudah bg mati.

Ni preparation utk tanam anak durian. Elakkan naung matahari & akar yg akan ganggu tnmn nnti.

Durian

30 may 2020

Durian musang king.
Beli rm50 dari kawan zaki di kelantan balik bulan 11 tahun lepas. Tinggi 3 kaki.
Sekarang tinggi 1.3 m.

Panjang cok betul tu 1.4m. Progress slow. Wpun kerap baja. Mungkin x betul cara. Anim blogspot kata kena buat lubang dan tanam baja.
Korek 3 lubang & bubuh baja kopi 5-5-5 satu pek 250gm.

Anak durian.
Ada 3 jenis- musang king, blackthorn & udang merah. Semua semai dari biji. Mkn buah & kumpul biji. Blackthorn beli rm180 utk 3 biji di pasar pandan.

Thursday, May 28, 2020

Ciku mega

28 may 2020

Buah ciku mega beli di ekspo pertanian plaza angsana bulan 11 tahun lps. Purpose utk dpt kn bijik benih. Hrga mahal giler belas ringgit sekilo. Buah besar & bulat mcm buah epal. Dlm sebijik buah hnya ada 1 atau 2 bijik benih sj.
Dpt semai anggar 8 benih tp yg tumbuh 2 je.
Umur dh lebih 3 bulan. Tp progress tumbesaran slow. Baru tinggi 5 inci.
1 pokok tini dh book.

Wednesday, May 27, 2020

Bendi atau Okra

27 may 2020

Benih lazada rm3.80 sepeket.
Semai 2 kali. Sekali hampeh, then berjaya.
Rate tumbuh 50%. Ni 4 anak dlm 1 pasu besar. Website kata boleh tanam 3 in 1 dgn tanah lebih 1 kaki tinggi. Ini kerana akar bendi jenis tunjang, bukan akar serabut yg boleh spread.
Umur skrg 2 minggu.
Baru 1st time baja hari ni. Baja 16-16-16 larut air. Terpaksa letak shovel sbb kucing gali.

Terung

27 may 2020

Beli benih terung Lazada 1 peket rm3.80 waktu pkp. Semai 3 benih dlm 1 polybag. Semua tumbuh.
Umur dh 1 bulan lebih.

Polybag campur tanah organik dan coco peat. Saiz skrg 8 inch tinggi.
Dh 2 kali baja. 1st time baja kopi 5-5-5. Hari ni baja subur 16-16-16.
Tgh study lg amount & jenis baja. Tak boleh buat silap baja overload mcm pokok lada hijau dulu.
Terlebih baja sampai keracunan baja impact akar rosak pokok x subur.
Tgh study jgk max pokok dlm 1 polybag. Sepatutnya no issue asalkan air & baja cukup.

19/7/2020
Saiz sekarang tinggi 1 kaki. Progress very slow. Siram tiap hr. Baja setiap minggu.

Cili api

27 may 2020

Semai cili api dari bijik benih. Rate tumbuh tinggi more than 90%.
 End up x cukup polybag. Mungkin qty around 40 anak pokok hidup. Ambik bijik dari 1 cili api sj.


Bg muzammil 2 polybag qty 6 anak seminggu sblm raya. Plan bg bini Zam 3 polybag qty 8 anak. Bal around 30 anak. Akan sacrifice mn yg lemah, plan jaga dlm 6 pokok sj dlm 2 polybag.

Lada hijau

27 may 2020

Pokok lada hijau berumur hampir 1 tahun. Dah banyak berbuah. Jangkahayat katanya 6 bulan, tp masih hidup. Cuma dah x subur. Bunga produce dh kurang. Tanam dlm pasu saiz sedang. Tinggi pokok 1 meter
Sekali berbunga dalam 30 bunga. Rate berjaya jd buah ialah 33%. Setiap 3 bunga. Rekod jumlah buah dlm 1 masa- 28 buah. Marsya kira.

Buah mula kurang bila kena serang bena putih 2 bulan lps. Daun mula layu & kerinting esp daun baru. Terpaksa guna racun organik. Rm8 sebotol Lazada.
End up bug yg handle debunga jgk lari. Datang once a while.
Tp mmg berkesan. Tak ada lg bena putih smpi skrg.Dah 2 bulan. Sembur seluruh pokok 3 kali sj. Selang sehari sembur.

Prepare ganti pokok tua, proses semai benih. Pilih buah paling besar, ambik bijik benih.
Anak pokok umur 1 bulan. Semai dlm 20 bijik benih, yg tumbuh x sampai 10 pokok.

Jambu batu Ipoh

27 may 2020

Pokok jambu batu Ipoh ada 1 pokok sj. 1st time berbuah. Tanam 3 tahun lps. Pokok masih kecik. Tinggi dlm 1 meter sj. Minggu lps petik 1 bijik.
Berat 140 gm.


Jenis tak ada bijik.